Selasa, 5 April 2011

Rindunya JKM..


Hello..
Dah lama rasanya tak menulis tentang diri sendiri dekat sini.  Yela, takkan I nak bagi ya'all baca kisah hidup I jek. Mesti boring kan?

Tajuk entri kali ni macam mana? ada unsur-unsur sentimental tak? hahaha..



comel tak yang kanan tu? Tu rumate I..^^


Before kita cerita pasal dinner nie, biar I cerita sikit kronologi sebelum, semasa, dan selepas dinner tu.  Dinner kolej yang dinamakan Malam Sinaran Keunggulan Rahman Putra @ ringkasnya SUTRA '11 ni memang akan diadakan setiap tahun.  Tahun lepas punye I jadi Vice Director untuk dinner ni.  Tapi, sekarang dah bersara. huhu~

Gambar kenangan kawan-kawan JKM..


Yang formalnya



Bila teringat dekat diorang nie, baru lah I terima invitation pergi SUTRA nie. Kalau tak, jangan harap la sebab dah pokai sekarang.  Yela, ramai antara diorang nie yang akan grad sem nie. nanti dah tak boleh jumpa macam dulu-dulu..T_T


Berbalik kepada dinner sabtu malam lepas..disebabkan tema die 'satu' I pun takdela pening-pening nak fikir pakai baju apa. Terus je rembat baju purple, shawl purple, dan jam purple. Tapi, nak satu badan kaler purple tak boleh jugak. Jadi, pakai la seluar light brown..seperti di bawah~


eh..tak nampak pule seluar..

Tahun lepas, lagi sempoi I pakai. Baju kurung hijau satu badan then cover dengan jaket.  And kalau ya'all tengok gambar nie, cuba teka I yang mana? Lain sikit kot dari sekarang..huhu (cakap jela dekat diorang nak kata dah kurus sikit)



saje je bagi gambar kecik..yeahh!

Dinner kali ni I datang sebagai jemputan because I antara mantan JKM 10. Kiranya kitorang datang nie sebab ada sesi penghargaan sebab jasa-jasa kitorang tahun lepas..(berjasa la sangat!) Tak ramai pun antara kitorang yang datang..dalam 12 orang kot.  Konsep kali ni buffet and seriously, cantik ke flow kalau buat konsep nie? Tapi takpe, kita tengok dulu how it goes..I cakap dalam hati.

Masa dekat entrance, AJK bagi kitorang punye tiket meja.  Dapat meja VIP la kan..haha (riak di situ)


and I pun berharap la dinner kali ni I akan cukup bertuah dalam cabutan bertuah.


Tapi hurmmm...memang bukan takdir I kot nak menang apa-apa dalam lucky draw. Redha jela~ sampai habis majlis pon dok termenung tengok tiket tu. 

Lepas je ucapan VVIP yang sangat boring dan gimik pembukaan yang dah tengok tahun lepas,  bermula la perang berebut makanan! tahu kenapa I cakap perang? because semua pakat serbu meja buffet lepas baca doa. Tak menyempat! Kitorang rilek je dulu. Bagi chance dekat budak2 lain yang nampak macam tak makan sepuloh tahun..sambil-sambil tu apa lagi, jadi camwhore lerr~






with tasha yang gelarkan I 'datin'

lepas tu, masa tengah sedap2 makan..kitorang kena panggil naik pentas untuk sesi penghargaan tu..Rasa nak tercekik pun ada time tu. Nasib baikla tak ada protokol apa-apa, kalau tak mau haru dibuatnya.  Masing-masing dapat bunga ros dari pengetua. I teruja betul bila tau yang bunga ros tu bunga hidup! Yela, I tak pernah dapat bunga hidup before nie. (okay,excited terlebih pulak)


Dalam pada event-event yang I cakap tadi, banyak la persembahan yang dihidangkan dekat semua guest. But seriously, gila banyak sampai I rasa nak balik je kat tengah2 majlis! Start dengan team kompang dari Segamat, acoustic team dengan nama 'two pieces', ada band yg perform 3 lagu, teater musikal, nasyid, tarian dari unit kebudayaan UTM sampai 2 kali, dan penutup dengan persembahan 3 jejaka KRP. Yang I tak sangka, Pengerusi JKM 10, Taufik @ Topek pun perform jugak. Pilih lagu jiwang pulak tu kan-Sonata Musim Salju. Pergh, tak sangka betul. 


Anugerah pun banyak jugak. Okay, I faham memang dinner nie malam appreciation tapi cara sesi nie di 'handle' sangat bosan! Luckily, ada antara JKM 10 nie yang dapat anugerah especially yang dah final sem. I pun tumpang sekaki bila program yang I involve dapat anugerah 'Program Dalaman Terbaik'


Lepas je persembahan penutup, we all pun nak merakamkan memori terakhir bersama..haha. Tapi sikit je yang I manage snap, sebab driver yang bawak kitorang nak balik dah.





P/S: Rating I bagi untuk dinner kali ni-4 out of 10. I tak nak condemn sangat sebab I tau mostly yang handle adalah 1st year. Dan tak ramai senior2 yang bantu. I tak tau sama ada diorang memang tak minta tolong or dah minta tapi tak dapat. Wallahu a'lam~

psstt..I rasa entri ni paling banyak gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan