Selasa, 9 Ogos 2011

MeReka yAng PerNah HadiR..part 3


Assalamualaikum...

Hello semua,ya'all sihat? Dah lama I tak update.  Bukan takde cerita nak kongsi tapi kemalasan melanda pulak.  Kalau online pun tengok benda lain. Ish3~

Okay la, kalau ya'all tetap sudi nak baca sambungan ni, silakan. Kalau tak nak pun takpe...hihi






5. M A

This guy I jumpa dekat FB.  Macam yang ya'all tau la, FB is a place where macam2 orang kita boleh jumpa. Kecik, besar, pendek, lonjong, etc..tapi bukan tu yang I nak stress kan.  M A orang yang pertama (yeke?) dekat FB yang bagi I jujur pasal diri dia.  Lepas je dia add I and I approve, terus on chat tu.  Betapa tak sabarnya mamat ni..huhu.  Sekali dia minta number I pulak..masak2. Mula2 I jual mahal la, mana boleh jual murah nanti kita dianggap desperate or tak tahu malu pulak kan (cover jek). Well, lepas berapa minggu I bagi jugak. Yela, tak kenal maka tak cinta, tak gitu? Cewah~

M A ni I boleh kategorikan sebagai lelaki yang agak gentleman. Tahu kenapa? Dia sangat menghormati pendirian I dan selalu beralah dalam situasi yang memang kena pada tempatnya. Then, even though dia tak berapa kacak dia seorang yang baik and understanding. Cair I dibuatnya..(hehe).  Bila I dah rasa nak terima dia as my BF, tiba2 I terfikir ' Do you want a BF or a husband-to-be?'

Sekali lagi, masalahnya bukan dia tapi I.  I ni kadang2 banyak sangat berfikir sampai yang tak sepatutnya fikir pon I fikir.  Mind I ni memang selalu menggagalkan tuan dia terutamanya dalam bab2 love ni..ish~  Jadi, ya'all faham2 la kan apa kesudahannya hubungan I dengan M A.  Apa pun, we are still friends up until now (ketika entri ni ditulis).  Sorry, tapi kalau dah memang jodoh I dengan dia, mesti bersatu jugak kan? Buat masa ni, itulah prinsip I.




6. E J

E J is another guy introduced by my friend.  And tak perlu la diperkenalkan lagi mediumnya, tak lain tak bukan....FB! Dia abang angkat my friend tapi actually sebaya dengan I. I mula2 nak buat dono (tak tahu) je dengan dia ni. Bukan apa, dah penat.  Tapi lepas I cakap tulis ' Thanx 4 d add~' dekat friendship tu, dia main sambung komen pulak. I ni dah la pantang orang ajak berbual sebab I memang suka layan..hehe.

Afterwards, kitorang jadi mesra pulak. Asal online je, mesti dia chat dengan I. Asal chat je mesti online.  Ya'all tahu jela perempuan, kan senang jatuh hati. I la salah seorang darinya. Ish3~ Rupa-rupanya, apa yang I harapkan tak menjadi.  Mamat ni rupanya ada hati dengan my friend tu.  I tak la begitu bodoh untuk percaya yang dia sekadar anggap my friend as 'adik angkat'.  And, only a girl knows how another girl felt. So, buat apa I nak terhegeh-hegeh dekat orang yang tak sudi kan walaupun hidung I memang mancung (perasan jap).  Sakit hati punya pasal, I remove dia dari friend list. Biar dia tak tahu apa-apa lagi pasal I or I tahu apa-apa lagi pasal dia. Titik.

So, itulah antara pengalaman I dengan boys yang tak lah seindah mana. I sedar, in order to find my Mr. Right, I need to be patient because only Him knows whats best for me. Eceh, speaking pula.

P/S: Wait3..tak habis lagi epilog cinta I ni.  Next, 'Mereka yang pernah hadir..part 4' pulak.  Nantikan the last and final part.
Ya'all rasa I boleh tulis kisah I ni jadi novel and buat duit tak?
:P