Sabtu, 26 Februari 2011

ALLAh masih sayangkan kita..

Assalamualaikum...

bLoGgie..minggu ni adalah minggu yang sangat mencabar untuk I. Dengan test, assignments, reports, n masalah2 luar yang lain.

Macam dalam entri I before nie, I mengaku yang I tak boleh kawal emosi I dengan baik.  Macam yang I pernah mengaku, ya I memang orang yang panas baran + keras hati + ego n banyak lagi sifat2 negatif macam I tulis dekat sini

Alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan I. DIA masih nak I sedar apa yang I dah buat pada orang. Walau I sakit macam mana pun, manusia masih manusia. Tetap takkan sedar kesilapan sehinggalah ditegur. Manusia, selalu salah sangka dan mengeluarkan apa saja yang ada dalam diri tanpa berfikir terlebih dulu.

I mengaku, I insan yang lemah. Perempuan yang selalu ikut emosi. Tapi, kadang2 I terfikir jugak, I je ke yang selalu salah? Dan salah ke kalau I nak bagi manusia ni sedar apa yang mereka dah buat dekat orang lain? At the end, I jugak yang disalahkan. Muka I ni memang muka orang yang buat salah je eh? Tak ada muka orang teraniaya ke? Waa, jahat la I kalau macam tu.

Bila datangnya dugaan yang macam ni, I bersyukur padaNYA sebab DIA bagi I peluang reveal diri I. Bagi I peluang untuk sayang diri I, family I dan agama I. Bagi I kenal macam mana watak orang sekeliling I, sama ada boleh percaya ke tak, boleh dibuat kawan ke tak. Kadang2 I rasa putus asa untuk berkawan, sebab ada je yang tak kena. Bila ada problem arise, I lah yang akan dikatakan puncanya. I lah yang buat semua orang menangis, 

TAPI..
 I menangis ada mereka tau? I kecewa dengan mereka ada mereka tau? I je nak kena jaga hati orang. Hati I siapa nak jaga? 

I dah terlalu banyak bagi muka pada orang. Sampai muka I pun dah hilang senyuman. I jadi orang yang memendam rasa. Dan ianya mengubah personaliti I. Jangan terkejut kalau I sampai tak ada perasaan langsung lepas ni...x_x

P/S: I minta maaf kalau entri I lately nie berbaur emosi. I sedang dalam proses menenangkan diri. Ingatlah, kata2 tu lebih tajam tusukannya dari pisau rambo. Sekali kita keluarkan, takkan boleh ditarik balik. Walau apa pun niat kita, kita kena sedar yang tak semua manusia tu mempunyai tahap penerimaan yang sama.



Rabu, 23 Februari 2011

BiLa CinTa KinI..



"Bila cinta kini tak lagi bermakna,
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa,
Ditinggalkan cinta masa lalu.."

Salam semua..

Pada malam yang syahdu lagi indah dengan angin sepoi2 bahasa yang menampar pipi ini (adoii..), tergerak pula hati ni nak cerita pasal cinta. Ala, asyik cinta je. Penulis ni dah tak de idea lain ke? haha..betol tapi not 100%. 
Sebabnya, tuan blog ni tengah dok fikir pasal ni jek. haih~

Mesti at least semua orang pernah ada pengalaman bercintan-cintun ni kan? kalau tak pernah bercinta, mencintai senyap2 pon boleh dikira pengalaman jugak lah. Bukan apa, untuk remaja berumur 22 tahun (bakal..belum lagi) ni, topik macam ni memang macam pisang goreng 'hot' la kan. Pergi la rumah makcik2 kepoh ke, kenduri kahwin sape2 ke, atau tengah lepak2 bersama member..soalan keramat a.k.a cepumas tu akan keluar.

nak tau soalan apa yang boleh buat sistem pencernaan I tersekat?

'Kau single lagi eh?'
'Belum jumpa Mr. Muscle ke? ehh...Mr.Right ke?'
'Bila nak jemput makan nasi minyak?'

Kalau para pembaca yang dikasihi sekalian nak tahu, telinga serta anggota2 yang sewaktu dengannya dah naik muak + letih + boring mendengar soalan2 yang tak berapa nak bijak ni..
Mula2 dulu boleh la nak melayan sorang dua yang tanya, tapi dah kalu soalan tu macam wajib jawab dalam final exam..tak ke haru?

Love is blind eh? 


Tapi, soalan2 ni la yang selalu berjaya penetrate dalam hati serta otak I. Lepas tu, pening fikir pasal cinta yang tak kunjung tiba bagai menunggu duit dari langit. Eh?

The problem is, I tak jumpa lagi lelaki yang betul2 boleh buat I kagum dengan dia. Tak pernah la love at first sight. Selalu love at 2,3 sight..huhu. Kalau yang I pernah suka pun, takkan kekal lama sebab I jenis cepat bosan. Kalau dah in a relationship, lepas tu ada jela yang tak kena. Lama2 boring pastu jalan terbaik, break.

Nak kata I jenis tak setia, I tak pasang 'backup' waktu berkomitmen. Dah cuba bagai nak rak pun, dah kalau takde jodoh (clishe gile ayat..XD) tak jadi jugak,kan? Cinta memang tak boleh dipaksa. So, janganlah sesekali korang terima lelaki sebab kesian/terdesak. Tak baik mainkan perasaan orang. I kalau boleh nak avoid benda ni.

Another case pulak, bila I dah suka, orang tersebut pula tak de hati..aiseh
Selalu jugak lah terjadi dekat I..haha. Jujur sangat pulak entri ni. Kadang2 terfikir, I terletak standard yang tinggi sangat ke eh? Tapi, haruslah pilih yang terbaik untuk masa depan yang lebih terjamin. Terjamin ke? Setakat ni tak nampak hasil pon..losernyerr

How should I put it in words? Eceh, speaking la pulak. Hurmmm, awal sangat ke nak fikir untuk serius eh? Pe pendapat anda? Maksudnya logik tak kalau I letakkan syarat yang mereka yang berminat harus ready untuk serius dengan I? Bukan cuba2 mahupun cobaan. Ke diorang bertambah takut? hahahahhahaha

Opkos la kan, I ni manusia biasa. Banyak kekurangannya di sana sini. Jadi, I pun tak terlepas terkena sindrom 'hunting' or 'hunted' ni. Persoalannya bila? siapa? di mana? bagaimana? I akan jumpa soul mate I, itu semua terletak pada yang HAK. Kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang tentukan semuanya. Tak kira la kita dah cinta gila dekat BF/GF kita, tapi kalau dah tertulis tu bukan jodoh kita, redha jela.
Semua ketentuanNYA memang dah disediakan hikmah2 tertentu.

Jadi, sesiapa yang rasa dia loser/sunyi sebab still tak berpunya, renung2kan lah. Mungkin ada yang lebih baik yang menunggu kita. Tapi dengan syarat, hati pun mesti mau bersih maa!

P/S: Doa2kan lah I dapat jodoh yang baik ye bila sampai masanya nanti..^^




Selasa, 22 Februari 2011

Budi BaHasa+TiKam BelaKang..

Assalamualaikum..

Lately bLogGie.my emotions are not stable. Banyak benda jadi minggu nie. Dan kebanyakannya sangat menyakitkan hati dan jiwa serta raga. Fullstop!

Pernah dengar tak slogan yang asyik dicanang dekat TV, radio, internet, or mana2 jela pasal 'Budi Bahasa Budaya Kita'? 


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita mesti at least pernah dengar benda nie even tak pernah praktis pon. Baiklah, point nak cakap kat sini: Jadilah warga yang berbudi bahasa, sopan santun, etc.!

Topik nie tiba2 I nak bahaskan sebab ada satu kejadian yang melibatkan seorang mamat yang sangat kurang ajar, dan kurang didikan. Tak tau la didikan ibu bapa dia cukup ke tak..ambik kau!okay, sebagai intro..I terlibat dalam satu event management dekat UTM nie called 'Book and Chocolate Fair'. Tengok, I promote jugak walaupon saket hati.  Mula2 gerak kerja, everyone seems so kind+nice+considerable. Yela, sebab I je yang baru dekat situ.

then, dah lama2..dengki kot sebab unit I dapat kerja pon dah last2 minit. Mamat kurang ajaran nie tak habis2 nak kondem (bukan kondom keyh..haha) unit orang lain. Konon unit aktiviti dia tu bagus sangat lah sebab kononnya diorang je yang buat keje. Pergi **** la kau!

Yang tak tahan tu, mamat kurang ajaran ni suka hati mak bapak datuk nenek dia je pergi marah orang dekat page program nie..apehal? Bajet kau tau semua benda ke mamat? Sampai I pon terkena sekali. Pastu, mamat nie pandai pura2 a.k.a HIPOKRIT.  Depan kita, pijak semut pon tak mati..belakang kita mulut mengalahkan perempuan. BUSUK! eiiuuwww..~

*(Bukak buku baru please..)*

Another thing, Tikam belakang. Biasa tak kena? Okay, bukan tikam betul2 dari belakang dengan pisau ke apa..faham kan maksudnya? Ni lagi satu story edisi khas 'Sakit hati'.

I seorang yang sangat treasure friendship. I lebih sayangkan BFFs dari BFs..haha. 
Tapi bila sekali kawan I buat benda tak bagus dekat I, I memang rasa nak cekik2 je dan tanya die: "Kau ni ikhlas ke kawan dengan aku? Kalau tak, baik kau jadi musuh aku terus". Haa..bernas tak?

Story ni ada kaitan dengan yang 1st tadi eh. Sebab kawan I nie anak buah si mamat kurang ajaran tu. Mula2 memang tabik spring dekat dia, sebab berani ambik risiko masuk unit 'Hell' tu. Tapi, bila dah semakin bagus dan perasan diri tu dah hebat, mula lah lupa kawan dia yang terkial-kial dekat belakang nie. Dan lebih pentingkan ahli unit' Hell' tu dari kawan dia yang comel nie..eheh~ (sila abaikan).
Dia pun tumpang sekaki memerli dengan bahasa tersirat dalam satu post kat FB yang diketuai mamat kurang ajaran. 

Okay, I bukannya orang yang nak mengamuk kalau ditegur secara berhikmah. Tapi, insan2 nie dah melampau tahap mangkuk. Korang rasa bagus tak tegur pasal kekurangan orang tu terang-terangan kat FB? siap ada ayat menghina lagi. Nie la ciri2 orang yang ikut perasaan, tak ikut syariat..cewah!

Yang tak boleh blah tu, kawan I nie buat muka mintak kena sepak je. Muka orang tak bersalah langsung. Macam baru keluar dari planet lain. Tak menyirap pulak kan! Satu haram pun tak komen or at least explain ke apa yang dia dah buat. Mintak maaf jauh sekali lah..

Letih tau dikelilingi orang2 macam nie. Yang ingat orang macam I nie boleh terima sindiran/hinaan macam tu dengan hati terbuka. I bukan nabi, jauh sekali malaikat. Tapi kalau tergerak nak minta maaf, I tak kisah. Malah, willing untuk cuba lupakan perkara tu.

P/S: Mintak maaf kalau bahasa I pun tak berapa nak baik.
 Tengah 'hot' lagi. 
X____X






Ahad, 20 Februari 2011

KarOk bErsaMa mEreka..

HeLLo..

bertemu lagi kita pada hari nie dengan entri pasal karok @ nama skema die 'Karaoke'..

Semalam bersamaan hari sabtu, selepas menikmati lunch di tempat biasa..kami geng 'Kiter-kiter jek' pon keluar la dari kampus menuju ke pusat karaoke yg kitorang dah rancang nak pergi.  Sebab dengar2 dekat situ  1 kepala= RM6 jek. Rupanya 'Tipah Tertipu' (salah satu lagu pilihan masa karok.hee) sebab depa habaq tu time weekdays jek. Hampeh!



Gambar kaki jela bagi...lalalalala~


Maka, dengan kecewanya kitorang pun menapak la ke Sutera Mall yang ada dekat2 situ je.  Sempat la cuci mata dan keluar beberapa 'Kaching' akibat kegagalan menahan nafsu shopaholic..(sob3).  Dapatlah novel 'Doktor Cinta' satu, sepasang jam purple yang comel, dan Ice blog chocolate yang telah lama diidamkan..yum2! 



Baru baca sikit je..tapi setakat nie memang besh la. Penulis gune bahasa yang kena dengan jiwa nie..eceh~





Nie la jam yang comel tu..orang lain tak anggap comel pon takpe..=)


Lepas rasa tujuan asal macam dah melencong, insan2 nie pun akhirnya akur. 
Kawan 1: Jom pergi U Mall jela..
Kiter-kiter jek: Baik..!!

Nak tau karok berapa lama dekat situ? 2 jam..haha. Tapi memang berbaloi la sebab balik semua sore macam Ramli Sarip. GARAU..~

Malamnya..buat aktiviti 'sihat' yang lain pulak.
Nak tau ape?

LayOut Baru & siGnaTure

Assalamualaikum..

bLoGgie...makin cantik tak layout U? suker tak? heeee...sebab I sayang U la I buat changes sikit. Sebab layout/template lama tu macam burok dan serabut jek. eheh~

Kepada sesiapa yang follow or pernah pergi blog I, mesti tau yang before nie I guna template lain. Bila buat changes dan tambah2 applications, lama-lama nampak serabut. So, I tukar kepada yang lebih simple (simple ke?) untuk tatapan yang lebih tenang dan damai. hik3




lagi 1, baru dapat jawapan macam mana nak buat signature sendiri untuk blog nie..terima kasih banyak2 kepada blog Matnaggar yang buat entri pasal nie. arigato gozaimasu!

n nak include la signature yang 'fresh' dari ladang..huhu



P/S: Suka bila dapat pengetahuan baru. Sejak masuk dunia blog nie, bertambah rasanya ilmu dalam banyak benda...sukernyeee...~

Jumaat, 18 Februari 2011

CinTa VS kAwaN

Hello...

Today, rasa sangat happy sebab tak payah struggle lagi untuk test yang kononnya Isnin nie. guess what? CANCELLED!
Tapi, postponed to Friday la pulak. Adoyai, 2 test sekali hari tu. SABAR2..




Cinta..
Orang selalu cakap cinta itu indah, buta, buat orang happy, senyum sorang2, etc. Cinta boleh datangkan bahagia, tapi boleh jugak datangkan sengsara. Cinta itu sukar nak difahami dan banyak lagi kata2 jiwang yang sewaktu dengannya.




Kawan..
Selalu ada di samping, memahami, selalu ada di waktu suka tapi duka..erk, kadang2 (depends kawan jenis apa), ada supaya hidup kita tak sunyi, boleh spend time together-gether dan banyak lagi.

So, apa point nak cakap dekat sini?

Cinta..ramai yang mengagungkannya. Konon, tak boleh hidup tanpa cinta. Kadang2 melebihi cinta pada Tuhan. Menganggap hanya cinta boleh membahagiakan. Mementingkan cinta yang baru hadir dan menolak kawan. Menangis dan sedih kerana cinta sampai boleh membawa maut...astaghfirullah~
Cinta..jika tahu konsep yang sebenar, tidak akan menjadikan seorang manusia terlalu taksub dengannya. Sehingga boleh mempengaruhi pergaulan dengan orang lain, pelajaran dan hidup keseluruhannya.

Bukan nak hentam cinta, tapi orang sekarang selalu dapat gambaran yang salah tentang cinta. Sampai ada yang salah anggap bahawa cinta itu SALAH, boleh memusnahkan hidup, boleh merosakkan persahabatan.

Kawan..selalu dianggap yang kedua selepas cinta. Bukan semua, tapi majoriti macam tu. Tak percaya, cuba la tengok sekeliling. Kadang2 dulu best friend, sekarang jadi orang nombor berapa ntah. Dulu mintak pendapat kawan, sekarang tanya BF/GF dulu. Dulu percaya, sekarang tuduh jealous kalau bagi pendapat pasal BF/GF die. 

Well, betul lah Love Is Blind. Kalau tak, takkan ada la fenomena2 yang I sebut tadi kan? 
Memang, bukan semua kawan tu bagus, setia, memahami n bla bla bla..tapi cube tengok ratio orang yang putus kawan n putus cinta. Mana lagi banyak?
" Lu Pikir La Sendiri.."

Entri ni bukan nak menghentam sesiapa, sekadar mengingatkan pada yang lupa. Selalu kita kenal kawan dulu baru cinta kan?
Jadi, siapa yang kita lebih kenal dan siapa yang lebih kenal kita?


P/S: Ini kes untuk yang bercinta tak hengat dunia jela. Kalau dah 'diikat' macam bertunang ke, kahwin ke..tak pela pentingkan pasangan masing2.
Sekadar pendapat I je..kalau salah, sila bagi tunjuk ajar. 
haik!


Khamis, 17 Februari 2011

EntRi emO: xmOo..!!



"Senyum
Tak perlu kata apa-apa"



Salam semua...

hari ni entri I akan sedikit emo..lebih emo dari semalam. ye.

pasal lirik lagu 'Senyum' by Malique dan Najwa nie..I saje je letak. Kononnye nak sedapkan hati yang tengah berduka nestapa. Owhh..

Betapa terlukanya diri nie, hanya DIA dan I je yang tau. kenapa? sebab I kecewa dengan diri I sendiri. Tak pandai nak kawal emosi. Tak pandai menilai antara kaca dan permata. Tak pandai menilai siapa yang lebih peka, siapa yang menikam, dan siapa yang selfish.




I baru je nak berubah. Berubah untuk lebih sayangkan diri sendiri. Sebab kalau tak sayang diri kita, macam mana nak bahagia? Tapi masih tak mampu. Masih suka dengar kata orang dari kata hati sendiri. Masih suka hidup dalam kepura-puraan. Masih suka memperkecilkan diri.




ye. Harus berubah. harus lebih cekal. Harus lebih tabah. Tapi..bile?
Hanya masa akan mengubahnya.

P/S: Hidup ni akan sentiasa penuh dengan dugaan. Cara menempuhnya yang akan membezakan seorang insan dengan insan yang lain.




Rabu, 16 Februari 2011

kEnaPa haRus MaRah..?

Assalamualaikum....

bLoGgiE...sorry dah lama tak update U..!! tak sengaja sebab I busy lately nie dengan assignments, meetings, reports, etc.  yela, ini baru kata student life yang sebenar! haha..perasan jap.

Entri kali ni nak cakap pasal marah? kenapa MARAH? sebab I pun suka marah..kadang2 tak tentu pasal pulak tu..aish~





Sampai keluar 'angin'..



okay, relax eyh baby..nanti cepat tua!



I mengaku I memang jenis yang cepat marah. Tapi bukan lah dalam setiap benda.  Contoh, kalau benda tu bukan salah I, then orang tersebut nak perli2 and marah2 I for the thing that he/she does it for himself/herself...I apa lagi, ANGIN la..!! bukan 'angin' yang ad feel tu eh..LOLZ~

I memang pantang orang nak marah tak tentu pasal nie. Rasa nak bagi penampar Jepon jek.  Eh, terlebih emo pulak..heee

Dalam agama kita pun dah mention, MARAH tu tak bagus sebab ia sifat syaitan..astaghfirullah!
Selain tu, kalau marah ni macam-macam penyakit akan datang kat kita.  Heart attack, hypertension, bla bla bla...yang penting, boleh bawak mati! (haha..takut tak nak marah sekarang?)

okay, kalau ya'all tak takut pun, fikirlah pasal perasaan orang yang kita marah tu..buatnya kita marah dia depan orang ramai, tak ke malu and jatuh water face (air muka) dia? Ye2, faham kenapa ya'all marah tapi cuba letakkan diri kita kat situation tu, kalau ya'all yang dimalukan..amacam? Rasa nak wrestling dia kat situ jugak kan? 

Entri nie sounds emo kan? sebabnya, I pun baru lepas marah orang. Bila fikir balik, buang current je marah orang yang tak faham bahasa nie.  Marah ke, nangis ke, sedih ke..dia peduli apa? So, dari membazirkan masa dan tenaga, baik fikir macam mana nak meng'upgrade'kan diri yang serba-serbi kurang nie...alhamdulillah, sedar jugak kau dayah!

Nak mengatasi sifat marah nie pun banyak cara. Cuma terpulang dekat kita nak terus marah atau nak hilangkan sebab takut jadi macam syaitan..hehehehe. Antaranya ambik wudu', baca Quran, kawal pernafasan, pergi lepak dengan member, pergi mengadu dekat hubby...okay, yang last tu tak berapa bagus ye. Sebab mungkin dia dengar tapi tak ambik pot pun..sebab nak jaga hati 'cayunk' dia jek..haha..GELI!

mOral of the Day:
tak payah susahkan diri marah2 dekat orang nie. Hasilnya pasti mengecewakan..(pengalaman sendiri).  sebab dah memang sifat manusia tak perfect, jadi saling bermaafan adalah cara terbaik bagi I. Buang ego yang setinggi everest tu and tebalkan muka dengan make-up 5 inci and cakap, "I'm sorry, tadi I tak sengaja marah U. I tau salah I..tapi U pun tak sepatutnya buat I macam tu".  Sah2, lepas tu muka yang dihiasi make-up tu pon ada additional 'blusher'..lagi cun kan3?
hahahahahahahhahaha..(gelak kejam)



Isnin, 7 Februari 2011

updating my blog..

EllO...

today, takde benda sangat nak tulis...okay, sebenarnya ada tapi tungguuu...~
sementara ya'all wait, nak bagitau la sikit apa yang I buat bila tak tau nak buat apa dah..


kalau ya'all adalah pengikut setia yang bukak blog I setiap hari or even sekali pun (tak pe, tak terasa pun..sOb3), ya'all mesti perasan yang ada changes dekat situ. Antaranya:

1. Ada SEARCH box dekat belah kanan layout blog I..


Okay, baru nak berjinak2 dengan benda nie..tau dah buruk! T_T


2. ada space untuk mangga Ad dekat atas layout nie..


oii..lain warna pulak~

3. Dah buang Islamic Clock sebab yeah..dah ada jam kan dekat semua PC/laptop~
(mOde: aKur..)

4. Gambar yang memaparkan kemesraan I dengan my sis pun dah takde...jangan marah eh adik~
takpe, kan ada gambar kita dalam entri ni. okay, settled!

5. FB badge dengan badge ICE BELOG 'Kiter2 je pun dah tukar tempat.  siap ada tambah 'BIZ WORLD' lagi kat situ..^^



6. Ada feedjit juga..konon nak tengok lah sape yang usha2 blog nie~



Hurrmmm...ada lagi tak? macam takde..haha~ boleh pulak tak ingat isi blog sendiri! deyyy..

okay...tu je update buat masa nie...

P/S: Have fun di mana jua anda berada...^_^V

Ahad, 6 Februari 2011

kawen muda..waaaaa!!

ello bLogGie..

today, I nak ckap pasal kawen muda.  kenapa? because ini adalah keinginan semua gadis2 zaman sekarang termasuk I..haha. okay, memang funny sebab cuba lah kau fikir dayah..kau tu tak de calon pon..XD

I pun tak tahu laa..tapi kenapa trend ni pulak yang IN ek sekarang? sebab financial status da stable ke? or nak mengelakkan maksiat ke? tapi..tengok kes2 buang baby ni banyak je lagi..and kes rogol pun still ada dalam paper hampir setiap hari..jadi apa kes?

hurrmmm....
menurut kata2 yang pernah I dengar dari pelbagai sumber, antara alasan kawen muda are:
1. sebab selalu tengok baby comel2. 
haha..alasan ni selalu kawan2 yang bagi. pantang nampak anak orang, mesty nak cubit2 la..

Tengok la betapa comelnya insan bernama baby..!!

Time makan pun sempat mencomelkan diri..^^



Okay..ni pun comel even die nude..ngahaha~ yang dewasa jangan nak tiru aksi ni ek..! haha 

2. sebab nafsu.
haa..yeke? ntah la..korang fikir2 jela yek~

3.  Desakan BF/ GF..
okay, yang ni sebab yang agak kontroversi kot.  sebab memang ada kes yang salah sorang belum ready, tapi sebelah pihak lagi dah tak sabar2 pulak nak ikat hubungan tu.  lagi teruk, boleh simbah asid la, berbunuhan la sebab nak kawen jek. ish3~





contoh yang paling obvious keganasan orang Malaysia sekarang.  Main simbah2 asid macam simbah air je..T_T
Tak dapat kawen dengan orang, nak main tikam2 pulak.  astaghfirullah~


4. Desakan Orang tua
okay, yang ni tak boleh bahas sangat.  ni lebih kurang macam jodoh yang ditentukan keluarga. or kalau yang dah ada calon, suruh masuk meminang cepat2. tak kira lah ada duit ke tak, janji korang kawen..!!
 Kadang2 ada yang parents tanggung semua cost majlis sebab nak tengok anak dia kawen awal. apa2 lah, janji ya'all bahagia eh..XD
5.Kelakuan
Haha..ni bukan sikap or maksud yang sewaktu dengannya..tapi tahap ke'laku'an or senang cerita..MARKET!
bukan pasar ikan ke pasar raya ke, tapi nak try test insan2 ni laku ke tak.  ada yang mentaliti diorang, "aku anak dara yang hot sebab dah boleh kawen muda" or simply, "Sebab aku hot la ramai yang suka kat aku"..ni bukan nak mengutuk sape2 la kan, tapi ni lah yang I observe lately ni.

mesti korang fikir kan..eh, sebab2 ni macam semua negatif jek. 
tak lah, ada yang memang ikut syariat, berkahwin sebab sunnah, menjaga kehormatan, dan nak dapat keberkatan..cuma bilangan mereka2 ni sikit sangat nak banding dengan yang I cakap tadi.  


satu je nasihat untuk ya'all and diri I sendiri..
Jangan la berangan nak kahwin kalau ilmu di dada tu tak cukup lagi.  kalau setakat sebab I Love You, You Love I..boleh, tapi cinta je takkan membawa kita ke mana.  sebabnya, kita kahwin kalau boleh biarlah sekali and kekal sampai khir hayat..AMINN~

haha..macam ceramah pagi pulak kan?? Okay2, nak stop dah..
kepada yang terasa, ni cuma nasihat dari I yang tak pro and tak pernah pun alami..just pendapat yang harapnya dapat lah tembus sikit dekat hati2 ya'all..!! heee...



P/S: I budak baru belajar, kalau ada yang salah harap betulkan ye..^____^