Jumaat, 18 Februari 2011

CinTa VS kAwaN

Hello...

Today, rasa sangat happy sebab tak payah struggle lagi untuk test yang kononnya Isnin nie. guess what? CANCELLED!
Tapi, postponed to Friday la pulak. Adoyai, 2 test sekali hari tu. SABAR2..




Cinta..
Orang selalu cakap cinta itu indah, buta, buat orang happy, senyum sorang2, etc. Cinta boleh datangkan bahagia, tapi boleh jugak datangkan sengsara. Cinta itu sukar nak difahami dan banyak lagi kata2 jiwang yang sewaktu dengannya.




Kawan..
Selalu ada di samping, memahami, selalu ada di waktu suka tapi duka..erk, kadang2 (depends kawan jenis apa), ada supaya hidup kita tak sunyi, boleh spend time together-gether dan banyak lagi.

So, apa point nak cakap dekat sini?

Cinta..ramai yang mengagungkannya. Konon, tak boleh hidup tanpa cinta. Kadang2 melebihi cinta pada Tuhan. Menganggap hanya cinta boleh membahagiakan. Mementingkan cinta yang baru hadir dan menolak kawan. Menangis dan sedih kerana cinta sampai boleh membawa maut...astaghfirullah~
Cinta..jika tahu konsep yang sebenar, tidak akan menjadikan seorang manusia terlalu taksub dengannya. Sehingga boleh mempengaruhi pergaulan dengan orang lain, pelajaran dan hidup keseluruhannya.

Bukan nak hentam cinta, tapi orang sekarang selalu dapat gambaran yang salah tentang cinta. Sampai ada yang salah anggap bahawa cinta itu SALAH, boleh memusnahkan hidup, boleh merosakkan persahabatan.

Kawan..selalu dianggap yang kedua selepas cinta. Bukan semua, tapi majoriti macam tu. Tak percaya, cuba la tengok sekeliling. Kadang2 dulu best friend, sekarang jadi orang nombor berapa ntah. Dulu mintak pendapat kawan, sekarang tanya BF/GF dulu. Dulu percaya, sekarang tuduh jealous kalau bagi pendapat pasal BF/GF die. 

Well, betul lah Love Is Blind. Kalau tak, takkan ada la fenomena2 yang I sebut tadi kan? 
Memang, bukan semua kawan tu bagus, setia, memahami n bla bla bla..tapi cube tengok ratio orang yang putus kawan n putus cinta. Mana lagi banyak?
" Lu Pikir La Sendiri.."

Entri ni bukan nak menghentam sesiapa, sekadar mengingatkan pada yang lupa. Selalu kita kenal kawan dulu baru cinta kan?
Jadi, siapa yang kita lebih kenal dan siapa yang lebih kenal kita?


P/S: Ini kes untuk yang bercinta tak hengat dunia jela. Kalau dah 'diikat' macam bertunang ke, kahwin ke..tak pela pentingkan pasangan masing2.
Sekadar pendapat I je..kalau salah, sila bagi tunjuk ajar. 
haik!


2 ulasan: