Rabu, 23 Februari 2011

BiLa CinTa KinI..



"Bila cinta kini tak lagi bermakna,
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa,
Ditinggalkan cinta masa lalu.."

Salam semua..

Pada malam yang syahdu lagi indah dengan angin sepoi2 bahasa yang menampar pipi ini (adoii..), tergerak pula hati ni nak cerita pasal cinta. Ala, asyik cinta je. Penulis ni dah tak de idea lain ke? haha..betol tapi not 100%. 
Sebabnya, tuan blog ni tengah dok fikir pasal ni jek. haih~

Mesti at least semua orang pernah ada pengalaman bercintan-cintun ni kan? kalau tak pernah bercinta, mencintai senyap2 pon boleh dikira pengalaman jugak lah. Bukan apa, untuk remaja berumur 22 tahun (bakal..belum lagi) ni, topik macam ni memang macam pisang goreng 'hot' la kan. Pergi la rumah makcik2 kepoh ke, kenduri kahwin sape2 ke, atau tengah lepak2 bersama member..soalan keramat a.k.a cepumas tu akan keluar.

nak tau soalan apa yang boleh buat sistem pencernaan I tersekat?

'Kau single lagi eh?'
'Belum jumpa Mr. Muscle ke? ehh...Mr.Right ke?'
'Bila nak jemput makan nasi minyak?'

Kalau para pembaca yang dikasihi sekalian nak tahu, telinga serta anggota2 yang sewaktu dengannya dah naik muak + letih + boring mendengar soalan2 yang tak berapa nak bijak ni..
Mula2 dulu boleh la nak melayan sorang dua yang tanya, tapi dah kalu soalan tu macam wajib jawab dalam final exam..tak ke haru?

Love is blind eh? 


Tapi, soalan2 ni la yang selalu berjaya penetrate dalam hati serta otak I. Lepas tu, pening fikir pasal cinta yang tak kunjung tiba bagai menunggu duit dari langit. Eh?

The problem is, I tak jumpa lagi lelaki yang betul2 boleh buat I kagum dengan dia. Tak pernah la love at first sight. Selalu love at 2,3 sight..huhu. Kalau yang I pernah suka pun, takkan kekal lama sebab I jenis cepat bosan. Kalau dah in a relationship, lepas tu ada jela yang tak kena. Lama2 boring pastu jalan terbaik, break.

Nak kata I jenis tak setia, I tak pasang 'backup' waktu berkomitmen. Dah cuba bagai nak rak pun, dah kalau takde jodoh (clishe gile ayat..XD) tak jadi jugak,kan? Cinta memang tak boleh dipaksa. So, janganlah sesekali korang terima lelaki sebab kesian/terdesak. Tak baik mainkan perasaan orang. I kalau boleh nak avoid benda ni.

Another case pulak, bila I dah suka, orang tersebut pula tak de hati..aiseh
Selalu jugak lah terjadi dekat I..haha. Jujur sangat pulak entri ni. Kadang2 terfikir, I terletak standard yang tinggi sangat ke eh? Tapi, haruslah pilih yang terbaik untuk masa depan yang lebih terjamin. Terjamin ke? Setakat ni tak nampak hasil pon..losernyerr

How should I put it in words? Eceh, speaking la pulak. Hurmmm, awal sangat ke nak fikir untuk serius eh? Pe pendapat anda? Maksudnya logik tak kalau I letakkan syarat yang mereka yang berminat harus ready untuk serius dengan I? Bukan cuba2 mahupun cobaan. Ke diorang bertambah takut? hahahahhahaha

Opkos la kan, I ni manusia biasa. Banyak kekurangannya di sana sini. Jadi, I pun tak terlepas terkena sindrom 'hunting' or 'hunted' ni. Persoalannya bila? siapa? di mana? bagaimana? I akan jumpa soul mate I, itu semua terletak pada yang HAK. Kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang tentukan semuanya. Tak kira la kita dah cinta gila dekat BF/GF kita, tapi kalau dah tertulis tu bukan jodoh kita, redha jela.
Semua ketentuanNYA memang dah disediakan hikmah2 tertentu.

Jadi, sesiapa yang rasa dia loser/sunyi sebab still tak berpunya, renung2kan lah. Mungkin ada yang lebih baik yang menunggu kita. Tapi dengan syarat, hati pun mesti mau bersih maa!

P/S: Doa2kan lah I dapat jodoh yang baik ye bila sampai masanya nanti..^^




Tiada ulasan:

Catat Ulasan