Sabtu, 28 Ogos 2010

AlAnGkAh iNdAhnYa hiDuP iNI...



Alangkah indahnya hidup ini,
andai dapat ku tatap wajahmu....

Manusia diciptakan dengan akal dan nafsu; berbeza dengan ciptaan Malaikat, Jin dan Syaitan. Kite sering dihidangkan dengan fakta ini untuk menyedarkan manusia adalah makhlukNYA yang paling bertuah dan dipilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ALLAH ini. justeru saya ingin bertanya, adakah benar kita layak untuk menjadi sebenar-benar khalifah? seperti pada zaman Rasulullah, Khulafa Ar-Rasyidin, khalifah Bani Umaiyah, Abbasiyah mahupun menghampiri Khalifah bani Uthmaniah?

Pada masa kini, pemimpin di serata dunia tidak lagi memegang dasar2 pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah mahupun Sultan Salahuddin Al-Ayubi...apa yang ada di dalam hati dan akal mereka hanyalah kekuasaan, kekayaan dan kegemilangan. Hak2 rakyat tidak lagi dihiraukan, rasuah berleluasa dan maksiat semakin menjadi-jadi. Pemimpin tidak lagi disanjung tetapi dihina, dicerca dan dimaki hamun oleh musuh2 yg selama ini menunggu saat2 kehancuran dunia Islam..

Jika umat Islam sendiri yang menghancurkan diri mereka, jangan pula hanya menuding jari pada para kapitalisme Barat yang sememangnya musuh Islam yang nyata. Mereka hanya menyebarkan ideologi yang meresapi fikiran anak2 muda melalui pemikiran, pakaian, hiburan dan x ketinggalan bidang pendidikan..!!
Kite tanpa sedar telah menerima ideologi2 ini tanpa was2. Menganggap bahawa ideologi Barat ini jauh ke depan, moden dan bersifat global.

Sedarlah wahai anak bangsaku, saudara seislamku....

bahawa dunia ini semakin hampir ke penghujungnya..!! Janganlah lalai dibuai arus globalisasi dan modenisasi yang menyesatkan fikiran sekalian kaum Adam & Hawa..Kembalilah kepada yang HAK dan tunaikanlah tanggungjawab sebagai hambaNYA dengan sebaiknya.

SEDARLAH....!!!

di akhirat kelak, tidak ada yang akan membantu selain amalan2 yang dilakukan di dunia sepanjang hidup. Tidak ada wang, harta, perempuan mahupun kuasa yang dapat membantu melainkan ALLAH, yang Maha Menguasai seluruh alam..

p/s: nOta ini hanyalah ape yg lahir dari nurani. peringatan ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan para sahabat saudara seislam sekalian.....
mOga2 kite ditempatkan dlam kalangan Org2 yg dijanjikan syurgaNYA...InsyaALLAH~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan