Selasa, 15 Mac 2011

Radiasi nuklear dah SamPai MalaYsia??


Assalamualaikum, 

Hari ni I nak share sikit pasal bencana yang melanda Jepun. Shortery akan disambung dekat entri seterusnya (sempat lagi). Semua sedia maklum, Utara Jepun dilanda bencana Tsunami yang mengakibatkan kemusnahan dan kerugian yang amat besar kepada negara maju dari Asia ni.  Tak cukup dengan tsunami, mereka sekali lagi diuji dengan letupan loji-loji nuklear di Fukushima.  Bukan setakat satu, tapi masuk hari ni, 4 loji dilaporkan meletup atau terbakar.  

Kebimbangan tersebarnya bahan radioaktif ini ke seluruh pelusuk Jepun memang semua dah sedia maklum.  Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), salah satu badan yang bernaung di bawah Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merujuk maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Jepun yang menyatakan kadar dos sehingga 400 milisievert sejam dilaporkan di loji tenaga nuklear Fukushima.  Sebenarnya, 100 milisievert sejam pun sudah dikira berbahaya.  Apatah lagi 400 milisievert? Krisis ini adalah yang terburuk sejak bencana reaktor nuklear Chernobyl Ukraine pada 1986. Untuk maklumat lanjut berkaitan isu ni, boleh klik sini dan sini.



sumber dari Berita harian


Satu lagi kekecohan yang melanda negara kita pulak, berkaitan radiasi nuklear yang dikatakan akan tersebar ke ruang udara Malaysia sedikit masa lagi.  Ini semua gara-gara spekulasi yang mengatakan Filipina, negara yang terhampir dengan Malaysia sudah pun terkena radiasi ni.  SMS atau mesej pesanan ringkas juga telah disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengingatkan kita supaya jangan keluar dari rumah, sentiasa tutup tingkap dan pintu untuk elak radiasi.  I sendiri pun dah tengok SMS tu sebab rumate I yang tunjukkan.  Mula-mula, I tak nak percaya sebab fikirkan kedudukan geografi Jepun dengan Malaysia. Tapi, lama-lama I terfikir tak mustahil radiasi tu boleh disebarkan melalui udara negara kita.

Tup-tup, keluar sidang akhbar yang dibuat oleh Timbalan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan isu ni.  Di sini, I selitkan sebahagian kenyataan beliau dekat press conference tu:

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. 

Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak. 

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa," katanya. 


kalau nak tahu dengan lebih lanjut, bolehla klik kat sini.


Firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Isra ayat 60:
 “ Dan tidaklah kami mengirimkan tanda-tanda itu kecuali dalam rangka untuk menakuti” 

Dan juga berkaitan fitnah yang sekarang senang tersebar melalui SMS dan internet, ALLAH juga telah berfirman yang bermaksud:

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)
dan disokong oleh sabda Rasulullah: 

"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)


2 ulasan:

  1. kelakar weyh bila orang cakap atom nuklear tu boleh menjadi hujan asid.. sedangkan mana de unsur nuklear boleh jadi hujan asid.. adoillaaaa....... pakar nuklear UIA yang cakap takkan la sampai macam tu sekali.. tah sapa la pandai2 kan...

    BalasPadam
  2. tu laa..
    ad kawan ckap zarah2 atom nuklear tu kecik.
    kalau dibawak angin pon, belum sampai malaysia dah hilang zarah2 tu..

    kalau ada info lgi pasal nie, sudi2 lah bgtau..(^_^)V

    BalasPadam